ONEXOX
BannerFans.com

Penjelasan Sebenar Dyana Sofya (Calon DAP Teluk Intan) Isu Gambar Berbikini

on Thursday, May 15, 2014

Walaupun baru saja diura-urakan sebagai calon untuk pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan, pemimpin muda Dyana Sofya Mohd Daud terus menjadi sasaran serangan kempen untuk memburuk-burukkannya.

Setiausaha politik pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang itu dikesan menjadi sasaran penulis blog pro-Umno yang menyebarkan gambar seorang wanita berpakaian bikini yang seiras wajahnya.

Dyana, 27, yang baru menyertai DAP dua tahun lalu, bagaimanapun nampaknya tidak tertekan dan tidak memandang serius serangan peribadi seperti itu.

Beliau juga mampu berseloroh apabila para pengikutnya bertanya mengenai gambar tersebut di laman sosial.

“Saya sudah (baca). Sebab itu saya kata saya harap ada badan sebegitu. Perlu lebih kerap ke gimnasium,” tulis beliau di Twitter.

Menurutnya lagi, beliau turut menerima panggilan dan pesanan yang bersifat kasar, namun tidak gelabah dengan tekanan seperti itu.

“Beratus panggilan dan mesej kasar yang diterima sejak semalam. Jimatkan kredit anda. Saya tak berganjak. Ini Dyana lah,” tulis beliau.

Gambar berkenaan dikesan dimuatkan di blog jomgelakfm.my dan theflyingkick.blogspot.com sejak semalam. Semakan Malaysiakini mendapati gambar berkenaan masih kekal disiarkan di blog berkenaan hari ini.

Gambar itu juga didapati dimuatkan di blog khairulryezal.blogspot.com dan bukti penyiaran gambar tersebut berjaya dirakam oleh pengguna laman sosial semalam.

Gambar wanita seiras wajah Dyana yang berpakaian bikini itu didapati telah dipadamkan hari ini dari blog berkenaan, namun bukti penyiarannya berjaya dirakam pengguna Internet.

Kalangan penulis blog Pakatan Rakyat pula, termasuk darisungaiderhaka.blogspot.com pula menyiarkan beberapa gambar yang menunjukkan bahawa individu dalam gambar tersebut adalah seorang pelakon Filipina, Pauleen Luna dan bukannya Dyana.

Sementara itu, tulisan di blog pro-Umno khairulryezal.blogspot.com turut mempersoalkan pendirian Dyana dan prinsip parti DAP yang didukung peguam muda tersebut dengan mengaitkan kelulusan Dyana dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Penulis blog tersebut mengaitkan UiTM sebagai institusi Bumiputera yang diperjuangkan Umno dan kontras dengan DAP.

Blog tersebut juga mendakwa ibu Dyana adalah orang kuat Wanita Umno di Ipoh Barat.

“Tidak tahu di mana silapnya, Diyana Sofea (Dyana Sofya) sekarang merupakan pejuang cauvinis DAP,” blog khairulryezal.blogspot.com dipetik.

Blog berkenaan juga memuatkan satu gambar Dyana berpakaian jubah peguam, gambarnya ketika sedang berkempen untuk DAP dan juga gambar merakamkan beliau menerima satu anugerah dari bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, lapor Malaysiakini.




Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Meme dia pong ni...ngeh2 gmbr sblm diet ker????....superb la....


May 15, 2014 at 5:47 AM
Anonymous said...

Tau x pe, dah tentu la gambar dia sebelum diet


May 16, 2014 at 5:46 AM
holidayrentalsmalaysia said...

Bravo Dyana...smart replies indeed. all the best!
Looking forward to the days where Malaysian politics are no longer race-based.


May 18, 2014 at 11:27 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved