ONEXOX
BannerFans.com

Polis Soal Siasat Pak Lebai Cederakan Anjing Dengan Anak Panah

on Wednesday, May 14, 2014

PETALING JAYA: Lelaki yang mencederakan anjing dengan dua anak panah di Taman Sinaran, Taming Jaya telah disoal siasat di rumahnya oleh polis, petang Rabu.

Menurut seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang yang enggan dikenali, mereka telah menerima arahan dari ibu pejabat polis Selangor untuk menyiasat perkara itu.

Pegawai itu juga enggan mendedahkan sama ada lelaki itu disiasat kerana memiliki peralatan memanah, anak panah untuk mendera haiwan.

"Kita tidak boleh mendedahkan apa-apa pada masa ini kerana kes itu sedang disiasat," kata pegawai polis itu.

Lelaki itu telah memanah dan mencederakan anjing yang berada di pintu pagar rumahnya dan enggan berdedar dan satu anak panah mengenai bahagian kaki depan manakala satu lagi di bahgaian belakang.

Pencinta haiwan bergegas membawa anjing itu ke klinik veterinar di mana ia menerima rawatan awal.

Pengurus projek MDDB Melinda Joy Gomez berkata anjing itu dianggarkan berusia kira-kira 12 tahun dan juga separuh buta.



Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

kejam...sy islam...anjing tu xbersalah pun..


May 14, 2014 at 7:55 PM
Unknown said...

Tu ajaran islam kan..


May 15, 2014 at 12:03 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved