ONEXOX
BannerFans.com

BALU ANAK 4: DUIT SEJUTA HABIS HANYA DALAM TEMPOH 2 TAHUN!

on Monday, June 9, 2014

Berikutan kematian suaminya ketika sedang bekerja dua tahun lalu, seorang wanita, Pusparani Mohan, 34, telah menerima pampasan daripada majikan suaminya serta wang insurans yang secara keseluruhannya berjumlah hampir USD 1 juta (RM3.2 juta).

Namun, apa yang dikesalkannya kini wang pampasan tersebut sudah habis dibelanjakan hanya dalam tempoh masa selama dua tahun sahaja.

Sehubungan itu, Pusparani kini sedang dalam usaha untuk mencari pekerjaan semula demi menyara kehidupannya dan empat cahaya mata yang kini menetap di Skudai, Johor.

Selepas mendapat pampasan tersebut, Pusparani telah berhenti kerja sebagai tukang cuci di Lapangan Terbang Changi, Singapura, di mana mendiang suaminya, Chandra Mogan Panjanathan juga bekerja di situ sebelum ini.

“Saya telah melakukan kesilapan. Orang tahu saya banyak duit ketika itu dan ramai datang kepada saya pada masa itu. Sepanjang masa itu, saya tidak membeli rumah dan menghabiskan wang untuk kegunaan anak saya dan ianya merupakan satu tindakan yang kurang bijak,” katanya memetik The Sunday Times.

Menurut Pusparani, dia memberikan sedikit wang pampasan tersebut kepada keluarga terdekatnya yang tinggal di Kedah dan selebihnya menggunakannya dengan bercuti di Genting Highlands bersama keluarga.

Selain itu, dia juga mengeluarkan USD400 ribu (RM1.2 juta) untuk membantu perniagaan pengangkutan yang dijalankan oleh abangnya. Namun perniagaan tersebut akhirnya melingkup dalam masa empat bulan.

Demi menampung kehidupan mereka sekeluarga, Pusparani kini bekerja sebagai kerani akaun di Johor Bahru dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan.

Pusparani juga menyewa sebuah rumah teres dua tingkat yang mana sewanya dibayar oleh majikannya yang bersimpati dengan nasibnya.

Mereka lima sekeluarga tidur di atas dua tilam lama sementara dilonggokan di lantai bilik kerana tidak mampu membeli almari untuk menyimpan kesemua pakaian-pakaian tersebut.

Pusparani juga terfikir untuk kembali bekerja di Singapura kerana berasakan gajinya tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mereka anak beranak.



Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 5 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Kalau nak tau tahap pemikiran seseorang tu cerdik adalah ketika dia mendapat 'durian runtuh' seperti kisah ini. Dimasa itu akan ramai kwn mendekati, saudara2 nak meminjam untuk membuka perniagaan. Kena berfikir dan berbelanja secara berhemah duit tu diperolehi sebagai ganti nyawa suami. Duit itu untuk masa depan anak2..Saya telah mengalami kisah spt ini pada saya biarlah org benci kerana tak dpt duit dari hilang sedara dan hilang duit.


June 9, 2014 at 9:05 AM
Anonymous said...

Boros....tak lain tak bukan


June 9, 2014 at 8:05 PM
Anonymous said...

Bodoh. Tu je mampu cakap.


June 10, 2014 at 12:10 AM
surain said...

You could have bought 10 houses for cash 200k each and rent it out for rm1k each.. still you wud hav earned rm10k every mth. N stil hav balance of 1million....


June 10, 2014 at 3:20 AM
Anonymous said...

hakaleh org.melayu pon berapa ramai dah jd jutawan..tp majoritynya pupus terutamanya masyarakat felda.....


June 10, 2014 at 4:40 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved