KEJADIAN seram ini telah berjaya di rakam oleh CCTV yang berada di dalam kedai peniaga ini sendiri. Kedai ini adalah sebuah kedai menjual majalah, suratkhabar dan bahan bacaan lain.
Kebiasaanya kejadian paranormal akan berlaku pada waktu tengah malam, tetapi apa yang berlaku kepada peniaga ini ialah dia telah mengalami gangguan paranormal pada waktu tengah hari.
Cuba anda perhatikan dengan teliti rakaman video CCTV ini. Kelihatan peniaga mengemas kedainyta, tiba-tiba dia terdengar majalah terjatuh lalu dia meletakkan di raknya semula.
Tetapi kemudian majalah itu jatuh semula, kejadian ini berulang-ulang sehingga banyak majalah dan akhbar yang melayang tanpa ada angin atau orang yang menjatuhkannya.
Kerana ketakutan peniaga ini kelihatan melarikan diri. Apa yang berlaku ini agak luar biasa dan menakutkan.
Sebenarnya bukan makhluk manusia sahaja yang mendiami alam ini, kita sebenarnya berkongsi dengan makhluk-makhluk lain yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Sesekali mungkin makhluk-makhluk ghaib ini sekadar ingin bergurau dengan manusia.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment