Semuanya bermula apabila Chef Wan memperkatakan tentang sikap sesetengah pihak yang memandang jijik gambar-gambar makanan yang melibatkan daging babi.Justeru itu beliau meminta supaya semua pihak untuk punya rasa hormat terhadap makanan yang melibatkan kaum lain.
Namun tindakannya menyamakan budu dan cencaluk sebagai bangkai makanan laut menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.
Chef Wan mungkin melihat dalam konteks dirinya sebagai seorang pakar masakan yang punya kredibiliti tersendiri namun menyamakan budu dan cencaluk dengan bangkai telah mengguris hati orang-orang Kelantan dan Terengganu kerana makanan tersebut merupakan makanan rakyat Malaysia di sana.
Malahan beliau juga perlu tahu ramai lagi rakyat Malaysia yang tinggal di negeri-negeri lain turut sama menikmati makanan tersebut.
Sebagaimana semua pihak sedia maklum , babi merupakan antara makanan haram bagi semua orang Islam dan sekiranya Chef Wan mahu supaya orang Islam menghormati hak dan makanan orang bukan Islam rasanya lebih banyak cara lain yang boleh dilakukan daripada menyamakan makanan asasi orang-orang Kelantan dan Terengganu dengan bangkai dan busuk.
Mungkin Chef Wan terlepas pandang atau ianya tidak disengajakan namun sesuatu yang harus beliau tahu adalah banyak orang Pantai Timur terlibat dan dalam hal ini mungkin Nik Aziz dan Hadi Awang juga terasa hati memandangkan mereka juga merupakan antara rakyat Malaysia yang menjamah makanan tersebut.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment