Cuma, apa yang pasti, saya rasa ramai yang sememangnya mengagumi kewibawaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin.
Disebabkan itu, saya rasa teramatlah cemburu (cemburu habis ok!) dengan si pelakon comel, Elfira Loy kerana dia telah menerima mesej istimewa daripada role model saya. Siap boleh selfie lagi! Tapi, apa agaknya pesanan Tun Mahathir kepada Elfira ya?
Rupa-rupanya, bukan saya seorang sahaja yang cemburu, malah ramai lagi peminat yang jealous dengan Elfira disebabkan perkara ini.
Iyalahkan, bukan mudah nak beramah mesra dengan insan seperti Tun Mahathir dan peluang yang diperolehi Elfira menerusi rancangan The Bucket List seharusnya tidak akan dilepaskan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment