ONEXOX
BannerFans.com

Gosip Suami Saya Bercinta di WeChat, Fitnah! - Ayu Raudhah

on Monday, June 9, 2014

Aktres Ayu Raudhah menyifatkan gosip suaminya Zaquan Adha kononnya menjalin hubungan sulit dengan seorang gadis menerusi aplikasi WeChat sebagai mengarut dan satu fitnah.

Mengulas mengenai isu tersebut Ayu yang dihubungi Malaysian Digest sebentar tadi berkata, dia terkejut apabila mengetahui tentang khabar angin itu namun menerimanya dengan tenang.

"Saya terkejut tapi bila saya fikirkan balik, saya rasa gosip tu mengarut! Sebab ID "Zaqone" tu bukan ID suami saya. Suami saya tak pakai ID dengan ejaan macam tu. Tapi yang video call (panggilan video) tu, memang suami saya beritahu yang dua hari lepas dia ada dapat panggilan. Tapi panggilan tu sekejap sangat. Saya tak tahu lah, mungkin juga ada orang sengaja rakam dan buat cerita", kata Ayu yang kini sedang berpantang di rumahnya, di Johor Bharu.

Adik kepada pelakon Rozita Che Wan ini berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gosip Zaquan Adha bersembang dengan seorang gadis menerusi aplikasi WeChat.

Dalam blog hiburan Rotikaya hari ini mendedahkan screen shot perbualan mereka berdua yang berbaur cinta. Malah menerusi perbualan itu Zaquan ada bergurau meminta satu ciuman daripada gadis tersebut. Menurut sumber gadis tersebut merupakan salah seorang gadis sorak atau penyeri (mascot? cheerleader?) untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Tambah Ayu, gosip liar tersebut tidak sedikit pun menganggu-gugat kebahagian rumah tangganya. Sebaliknya dia menganggap gosip itu sebagai satu ujian memandangkan ini bukan kali pertama dia dan suaminya 'diusik' dengan khabar sebegitu.

"Sebenarnya saya pun ada dapat gambar screen shot perbualan wechat tu. Ada orang hantar pada email saya. Tapi saya tahu semua tu tak benar. Selama ni kalau ada apa-apa, saya mesti tanya pada suami saya dahulu. Suami saya ada beritahu, kalau yang cheerleader yang menyanyi menari macam untuk pasukan bola mat salih tu tak ada. Tapi setakat tukang bagi bunga tu ada lah.

"Bagi saya gosip ini satu fitnah oleh pihak yang cuba nak mengganggu kebahagian rumah tangga kami. Iyalah, selama ni ramai yang gembira melihat saya dan suami bahagia. Tiba-tiba saja pula keluar cerita begini.

"Tapi ini bukan kali pertama rumah tangga kami di uji dengan cerita-cerita macam ni. Tak mengapalah, saya okay saja. Walaupun saya tahu peminat-peminat saya ramai yang dah marah dengan Zaquan, di internet. Jangan risau, saya okay", kata ibu anak dua ini dan turut kedengaran tawa kecilnya dari corong telefon.

Ayu turut memberitahu yang Zaquan juga terkejut apabila gosip berkenaan timbul namun kata pelakon 'Dejavu di Kinabalu' ini, suaminya tidak terlalu ambil pusing mengenai hal itu.

"Suami saya pun terkejut bila keluar cerita macam ni. Walaupun dia dalam bidang sukan, tapi mujurlah dia dah biasa dengan cerita gosip dalam dunia hiburan, macam ni", ujarnya.

Zaquan Adha dan Ayu Raudhah mendirikan rumah tangga 21 Januari 2011. Pasangan ini dikurniakan dua oran cahaya mata lelaki, Muhammad Aisy Qaiser yang kini sudah berusia setahun dan Muhammad Aisy Aryann (yang baru saja dilahirkan pada 2 Mei lalu).

Sementara itu bertanya mengenai kerjaya lakonannya, Ayu berkata selepas habis tempoh berpantang nanti, dia mahu berehat lagi daripada berlakon memandangkan anak sedang menyusu badan.

"Sebenarnya tawaran berlakon banyak, tapi saya terpaksa tolak dulu sebab anak saya menyusu badan. InsyaAllah bila dia da besar sikit nanti, saya akan aktif semula dalam lakonan", katanya yang akan berada di PWTC bagi menjayakan Festival Hijab yang akan berlangsung pada bulan Ramadan ini.



Sumber










PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved