Terbaru, rata-rata peminat tidak mahu pelakon Rita Rudaini memberikan apa-apa.komen berhubung isu skandal bekas iparnya, Zaquan Adha dengan wanita lain. Malah, mereka turut memohon agar pelakon jelita yang juga bekas isteri kepada kembar Zaquan Adha iaitu Aidil Zafuan supaya berdiam diri serta mengunci mulut jika diajukan dengan pertanyaan berhubung isu tersebut.
Peminat Rita Rudaini bersikap demikian kerana bimbang kalau-kalau pihak media menggunakan ibu tunggal kepada 2 anak itu dengan tujuan untuk melaga-lagakan dia dengan bekas birasnya, Ayu Raudhah. Yang paling menarik mereka juga meminta agar Rita Rudaini hanya membaca komen-komen mereka mengenai isu skandal Zakuan Adha itu tanpa membalas semula komen mereka.
Namun, kebanyakan mereka menganggap bahawa isu skandal tersebut sebagai satu pembalasan terhadap Ayu kerana mereka mendakwa Ayu pernah cuba mencampuri urusan rumahtangga Rita dan Aidil sewaktu rumahtangga mereka bergolak tidak lama dahulu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment