Kejadian berlaku Isnin lalu di mana sebelum tiba di bank berkenaan, wanita itu sudah ditampar oleh suaminya.
Ibu kepada tiga anak hasil perkahwinan dengan rockers ini mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana tak dapat menahan kesakitan akibat perbuatan suaminya setelah beberapa hari berlalu.
Difahamkan kekecohan itu berlaku apabila penyanyi rock itu meminta isterinya membuat pengeluaran di bank berkenaan.
Menurut sumber, penyanyi rock itu bertindak sedemikian mungkin disebabkan gagal mengawal perasaan marah terhadap isterinya.
Berita Harian juga gagal untuk mendapatkan maklumat daripada kakitangan bank berkenaan.
Usaha untuk mendapatkan gambaran kejadian tidak berjaya apabila kakitangan enggan mengulas atau seolah-olah tidak mengetahui berlakunya insiden itu.
Ada ada berkata rockers di atas namun tak dapat dipastikan kebenarannya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment