Dalam pemeriksaan kira-kira jam 4 petang itu, kilang berkenaan yang dikatakan sudah menjalankan operasi sejak tahun 60-an lagi, didapati gagal mematuhi peraturan kebersihan yang ditetapkan.
Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (DBKL) Dr Hayati Abdullah berkata, tindakan menutup premis itu dibuat bagi memastikan tiada lagi produk bihun dikeluarkan dari kilang berkenaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat pembiakan jentik-jentik di sekitar kawasan kilang ini selain keadaannya yang begitu kotor,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Beliau berkata, turut serta dalam pemeriksaan semalam, beberapa pegawai Teknologi Makanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) yang turut mengambil sampel bihun ini untuk diuji di makmal.
Dr Hayati berkata, ketika disoal siasat pengusaha kilang terbabit mendakwa tidak berhasrat meneruskan perniagaannya kerana tidak mampu melakukan kerja pembaikan premis yang sudah usang.
“Notis arahan penutupan diletakkan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 iaitu penutupan selama 14 hari dan premis perlu dibersihkan sehingga pihak DBKL berpuas hati,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment