15 tahun yang lalu, saya business jual roti John di Pasar Ramadhan dan bagi yang kenal saya yang meniaga di Ampang Jaya tahun 2002 dahulu anda mungkin akan perasan sebuah kedai yang beria buat roti john siap pakai topi chef, baju chef warna putih dengan roti john yang tak sama macam biasa. Ada roti john daging, ayam, sardin dan roti john telur (biasa)
Ada 1 soalan yang orang boleh kenal gerai saya mungkin sampai hari ini. Biasa saya akan tanya "Berapa orang nak berbuka?" dan setelah dijawab saya akan jeling-jeling juga juadah yang telah diborong.
Ayat seterusnya ialah "Nasihat". "Banyak membeli bang/akak... harap jangan membazir ye... orang kat Afrika ramai tak makan".
Ada yang turn down terasa annoying dengan nasihat tu. Ada yang buat tak kisah tetapi yang saya tahu... sehari boleh jual sampai 500-700 roti john hanya di Pasar Ramadhan sedangkan gerai-gerai di sebelah menyebelah merungut tak cukup untung.
Business bukan untuk DUIT semata-mata.
Business untuk dakwah dan jalan berpesan-pesan.
Rezeki... ALLAH yang bagi bila suruhan Allah kita lakukan.
Mungkin sebab itu Allah pilih utusannya di kalangan BUSINESSMAN seperti Nabi Muhammad SAW dan bukannya penceramah-penceramah agama atau politik.
Mungkin kerana kita POYO sangat buat kedai roti john siap pakai topi chef dan bila baju kotor sahaja terus tukar. Pastikan dia sentiasa putih bersih. Betullah.. orang POYO selalu untung, orang kontrol macho yang datang beli dengan orang poyo ini... poyolah mereka tu.
Untuk ambil sisi positif Azwan ni cakap ada betul juga, memang ada peniaga (honestly) dari pengalaman yang anggap makanan yang nak dijual macam sampah jer.
Setakat ayam jatuh ke tanah, kuis lebih kurang masuk balik dalam kuali itu standard... biasa nampak. Lauk semalam tak dapat jual, hari ini tukar bentuk (itu kat kedai mamak pun banyak).
Azwan Ali... hang mulut jangan capoi sangat... nak kena tafff mulut tu. Jangan sampai nanti hang punya rezeki Allah tarik balik sampai hang betul-betul makan sampah.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment