ONEXOX
BannerFans.com

Tekup Mulut Anak Sampai Mati

on Sunday, August 31, 2014

Sepasang kekasih sanggup menanam anak luar nikah mereka di belakang rumah selepas anak kecil yang berusia dua tahun itu tidak lagi bernafas selepas ditekup mulutnya di sebuah rumah teres di Taman Bayan, Bukit Katil.

Perbuatan kejam yang dirahsiakan selama enam bulan itu akhirnya terbongkar selepas pasangan terbabit ditahan sepasukan polis berkaitan dadah dalam serbuan di sebuah rumah kira-kira jam 2 pagi di Sungai Mati, Muar semalam.

Rangka kanak-kanak lelaki yang dibalut dengan kain batik ditemui ditanam di dalam tanah yang sudah hitam seperti terbakar di dalam lubang sedalam kira-kira 0.3 meter di belakang rumah teres dua tingkat itu.

“Siasatan awal mendapati suspek lelaki itu terbabit dalam kes kecurian kenderaan milik bapa saudaranya, seorang pesara tentera berusia 50-an yang turut memberi keterangan memaklumkan cucu saudaranya itu dipercayai dibunuh suspek.

“Bapa saudara suspek memberikan maklumat itu selepas ibu kanak-kanak berkenaan yang pada awalnya mengaku anaknya dijaga ibu saudara, membongkar tindakan kejam kekasihnya dengan menceritakan kejadian sebenar selepas didesak,” katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Abu Bakar menyatakan suspek berusia 25 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun itu dibawa ke lokasi untuk membantu siasatan.

“Rangka mangsa ditemui di dalam tanah yang ditanam berhadapan pintu belakang rumah itu selepas ia digali semula sepasukan anggota jam 7 pagi semalam.

“Rangka itu ditemui berbalut dengan kain batik dan siasatan awal suspek lelaki itu mengaku membunuh anaknya dengan menekup mulut mangsa sehingga lemas,” katanya.

Punca kejadian masih disiasat namun kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Sabtu depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.




Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved