Naeilah Al-farafisya 3 tahun setengah, kanak2 paling muda masuk madrasah hafizah di Sri Petaling, K.L
Semangat menghafal quran dn keinginannya utk belajar madrasah, memang luar biasa... Saban hari Naeilah mengatakan hasratnya utk masuk madrasah apabila melihat umi dn abinya bersiap2 d awal pagi utk pergi belajar d madrasah, masing2 belajar alimah dan alim d Sri Petaling d 2 lokasi yg berdekatan.
Tidak menyangka apabila temuduga kemasukan hafizah Naeilah lulus, dn ustazah d madrasah hampir tidak menyangka Naeilah telah khatam quran dan boleh membaca quran dgn baik, lebih memeranjatkan lagi apabila Naeilah membacakan ayat2 quran yg dihafalnya sendiri tanpa pengetahuan umi dan abinya. Di awal2 pagi setelah dikejutkan, Naeilah akan bangun dlm keadaan ceria dn bersemangat, serta bersemangat memakai pakaian hitam yg merupakan pakain seragam madrasahnya.. Bukan sekadar itu,Naeilah sering meminta utk dipakaikan purdah walaupun pihak madrasah tidak mewajibkannya sebagai pakaian seragam kerana Naeilah masih kecil.
"Naeilah malu orang2 lelaki tengok Naeilah, tu yg Naeilah nk tutup muka.." itulah kata2nya apabila ditanya mengenai purdah.. Berkenaan dgn kasut, umi dan abinya belum berkesempatan utk membeli kasut hitam, dn skrg Naeilah hanya memakai kasut yg dihadiahkan kepadanya sewaktu umi dan abinya keluar masturat di Ireland & UK tahun 2013.
Naeilah Al-farafisya belajar di Pusat Tarbiyyah An-nur Sri Petaling, sebuah madrasah yg menempatkan kanak2 berumur 4 hingga 10 tahun, utk belajar quran sehingga menghafal quran.. Naeilah skrg menjadi anak murid kesayangan ustazahnya kerana menjadi anak murid paling muda menghafal quran.
Doakan utk Naeilah agar dijaga oleh Allah akan keikhlasan hatinya, dipermudahkan pembelajarannya, dan diterima seluruh amalannya, sebagai asbab hidayat utk seluruh alam di seantero mayapada... Aminn...
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment