“Khalid perlu ketepikan sikap sombong dan sedar beliau bukan maksum atau ‘lembu suci’ yang tidak boleh dikritik.
“Beliau tidak boleh menyalahguna undang-undang jenayah bagi mengelak kritikan terhadap dirinya, malah bergantung kepada undang-undang fitnah untuk membersihkan namanya,” katanya dalam satu kenyataan.
Guan Eng merujuk tindakan Khalid mengarahkan anggotanya meneruskan siasatan terhadap dua pengguna laman Twitter yang dikatakan menghina Khalid dan polis berhubung tangkapan keatas anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) baru-baru ini.
Kedua-dua pengguna twitter itu akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948, biarpun salah seorang darinya Viktor Wong telah menyatakan permohonan maaf.
Viktor pada 31 Ogos lalu dalam Twitternya telah menulis ‘Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless@KBAB51. Henrich Himmler of Malaysia’.
Seorang lagi individu yang menggunakan akaun Twitter Nasrul Omar juga akan tetap dikenakan tindakan walaupun telah memadamkan kiriman kritikan tersebut.
Tambah Guan Eng, sekiranya Khalid berusaha membanteras jenayah sebagaimana usaha mempertahankan dirinya dan terhadap mereka yang menyatakan pendapat mereka, maka Malaysia akan lebih selamat.
“Dengan menggunakan undang-undang jenayah untuk menentang musuh, ia ternyata akan meletakkan pengkritiknya dalam kedudukan tidak adil.,” ujar Guan Eng.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment