Rakaman yang dikeluarkan di YouTube dengan jelas menunjukkan tentera Israel menembak peluru hidup kepada kanak-kanak Palestin bermain di atas bumbung di Al Khalil, kawasan Hebronyang diduduki rakyat Palestin. Satu bahan penting yang membuktikan kezaliman Israel. Namun, pengguna Facebook telah melaporkan bahawa platform media sosial itu menghalang mereka daripada berkongsi video tersebut.
Empat tentera meniarap di atas bumbung . Dalam masa yang sama, kelihatan dua kanak-kanak Palestin sedang bermain di atas bumbung berhampiran. Salah seorang askar mengambil sasaran dan menembak salah satu daripada rakyat Palestin di atas bumbung, jelas mengenai di paha.
Kemudian mereka meraikan tembakan tersebut dengan meniru dan mengejek aksi kanak-kanak tersebut selepas di tembak manakala sahabat-sahabat beliau berjabat tangan mengucapkan tahniah atas tembakan tersebut.
Para pengguna Facebook cuma "Share" video ini namun usaha tersebut gagal apabila pihak Facebook tidak membenarkan.
Video ini nyata sangat menyedihkan. Tindakan kejam yang mangsanya ialah kanak-kanak yang tidak berdosa. Ini bukan perilaku manusia, bahkan haiwan lebih berhati perut!
Kami mendedahkan video ini dengan harapan bahan ini dilihat oleh orang ramai dan agar kes ini disiasat dan dibawa ke muka keadilan. Ini bahan bukti yang tidak dapat di sangkal lagi. Tolong kami. Tolong sebarkan artikel video ini di Facebook masing-masing.
Semoga saudara kita di Gaza mendapat pembelaan. Takbir!
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment