ONEXOX
BannerFans.com

MH370 : Misteri Terjawap. Bekas Ketua Syarikat Penerbangan Perancis Dakwa Pesawat Digodam, Ditembak

on Saturday, December 20, 2014




Bekas ketua syarikat penerbangan dan penulis terkenal Perancis, Marc Dugain telah membuat dakwaan bahawa terdapat sesuatu yang disembunyikan di dalam kes MH370 dan membuat spekulasi tersebut telah digodam dan ditembak jatuh oleh Amerika Syarikat.

Dugain membuat mendakwa pesawat Boeing 777 yang membawa seramai 239 penumpang itu terhempas di Diego Garcia, sebuah kepulauan British yang terletak di tengah-tengah Lautan Hindi yang digunakan oleh US sebagai pusat risikan di dalam artikel setebal enam mukasurat di Paris Match.

Bagaimapun US telah pun menafikan dakwaan-dakwaan yang menyatakan pesawat itu mungkin berada berdekatan Diego Garcia yang banyak diperkatakan oleh penganlisis-penganalisis sebelum ini.

Dugain, bekas ketua Proteus Airlines itu telah menjelajah ke beberapa kawasan di Maldives yang mana penduduknya memberitahu media tempatan mereka ternampak sebuah kapal terbang terbang ke arah Diego Garcia. Bagaimanapun kenyataaan mereka telah dinafikan oleh pihak berkuasa.

"Saya ternampak sebuah kapal terbang besar terbang kearah kami pada altitude yang rendah", kata seorang nelayan di pulau Dudahuvadhoo kepada Dugain. Salah seorang lagi saksi mengatakan dia ternampak jalur biru dan merah pada latar belakang putih menguatkan lagi dakwaan yang MH370 terbang ke kawasan tersebut pada altitud yang rendah.

Digodam

Dugain turut membuat spekulasi mengatakan pesawat MH370 digodam oleh hacker.

"Pada 2006, Boeing telah mematenkan satu sistem kawalan jauh menggunakan komputer yang diletakkan di dalam ataupun diluar pesawat", katanya. Perkara ini membawa Dugain kepada idea pesawat MH370 telah digodam secara halus.

Bagaimanapun penulis itu turut menyatakan kemungkinan kebakaran mungkin berlaku diatas pesawat, menyebabkan krew terpaksa mematikan peralatan elektrik termasuk sistem transmisi perhubungan.





Apapun yang menyebabkan pesawat tersebut lari dari landasan asalnya, Dugain mendakwa pesawat itu kemudiannya menghala ke Diego Garcia, yang mana beberapa senario mungkin telah berlaku - termasuklah tentera udara US menembak jatuh pesawat itu kerana khuatir peristiwa seakan 11 September berlaku.

Dugain telah berjumpa dengan datuk bandar kawasan kepulauan Baarah yang menunjukkan kepada beliau satu gambar peralatan aneh yang dijumpai di pantai dua minggu selepas pesawat tersebut hilang dan sebelum tentera Maldives mengambilnya.

Dua pakar penerbangan dan seorang pegawai ketenteraan tempatan mengesahkan objek tersebut adalah alat pemadam api milik Boeing. Dugain menyatakan alat pemadam api itu terapung, jadi ianya sudah kosong kerana sudah mengeluarkan isinya secara automatik ketika kebakaran.

Disembunyikan

Dugain banyak menekankan tentang banyak data disembunyikan kepada umum tentang kehilangan pesawat MH370.

Menurut penulis itu, operasi di Lautan Hindi kini berdasarkan data yang diterima oleh Inmarsat di UK - organisasi yang terakhir menerima signal dari pesawat tersebut - yang mana sangat rapat dengan agensi perisikan.

Bagi Dugain, kenyataan penduduk di Maldives, 'kelemahan' teknologi US yang gagal mengesan objek sebesar 63 meter yang 'hilang', dan rahsia disebalik kargo pesawat menunjukkan terdapat sesuatu yang disembunyikan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved