ONEXOX
BannerFans.com

Berlakon Prihatin: Cubaan Azmin Menipu Basuh Baju Rakyat Dikecam Pengguna Media Sosial

on Monday, January 12, 2015



Kuala Lumpur – Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menerusi laman sosial Twitter miliknya semalam memuat naik gambarnya membasuh pakaian dan seorang wanita di depannya kelihatan menutup mata seperti menangis.

Status itu mendapat pujian daripada orang ramai yang menyifatkan Mohamed Azmin pemimpin cakna dan prihatin dengan nasib rakyat terutama mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

“Wanita di belakang tu menangis terharu kerana saya membasuh pakaian untuk keluarganya,” kata Mohamed Azmin yang dipetik dari Twitter beliau semalam seperti yang disebarkan oleh penguna media sosial.

Bagaimanapun, apabila sekeping lagi gambar menunjukkan perempuan berkenaan ketawa dan bukan menangis seperti yang didakwa Menteri Besar telah dimuat naik seorang facebooker, orang ramai mula tertanya-tanya apa tujuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu berbuat demikian pada laman sosialnya.




Namun menurut penguna Facebook, Rozmi Mokhtar, wanita terbabit hanya mengesat air di mukanya mungkin disebabkan terkena percikan air basuhan Menteri Besar.

“Hahahaha dia cuci kain dia post di Tweter sendiri.. drama apa ni MB, lucu sangat,” kata Rozmi Mokhtar yang memuat naik gambar itu dalam laman sosial Facebooknya hari ini. Mohamed Azmin ketika itu dalam lawatan keduanya ke Kelantan telah membantu mangsa banjir dan dikatakan singgah di sebuah rumah penduduk membasuh sehelai kain.

“Betol lah MB ni x belajar smpi sek tinggi …klu prihatin pon bukan mcm ni cara die …xkan sampai baju and seluar dalam pon nak di basuh kan …da mcm kne nasi kangkang plak…yg belakang tu bkn nanggis tapi dok gelak besor tngk MB nyer kebodohan” ujar Zahari Muhammad ketika memberikan respon berhubung isu tersebut.

“Lega.. dah sms kat biro aduan MB Selangor, hilang satu bala hari ni… untung dapat YB mcm ni. Nanti aku post gambar aku menangis terharu kat ko org..” kata Aznil Hisyam sinis yang turut melampirkan gambar pesanan ringkasnya kepada Menteri Besar Selangor itu.

Rombongan yang mengikuti lawatan itu pula berdiri mengelilingi Mohamed Azmin sambil merakamkan gambar Menteri Besar itu membantu seorang penduduk yang juga mangsa banjir membasuh pakaian.

Tinjauan SuaraTV walau bagaimanapun mendapati status tersebut telah ‘hilang’ dari akaun Twitter milik Timbalan Presiden PKR itu.

SuaraTV turut mencuba untuk menghubungi Azmin bagi mendapatkan maklumbalas berhubung isu tersebut, namun gagal.





Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved