Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah tampil menjawab kenapa pihak Polis Di Raja Malaysia(PDRM) tidak menahan Ibrahim Ali Dan Mashitah Ibrahim selepas dibangkitkan DAP sebelum ini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam telah mencabar Khalid supaya menangkap Ibrahim dan Mashitah kerana didakwa telah menyentuh hal keharmonian kaum sebelum ini dan memberitahu Khalid supaya tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam menjaga keharmonian kaum di Malaysia
Cabaran ini dibuat susulan penahanan peguam Eric Paulsen semalam selepas peguam tersebut dipercayai telah mengeluarkan kenyataan beransur hinaan dan hasutan selepas menuduh pihak JAKIM menyediakan teks khutbah yang menggalakan aktiviti extrimis.
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali sebelum ini telah menyeru ummat islam untuk membakar Bible telah dialih bahasa kepada bahasa Melayu dan terdapat perkataan ALLAH.
Menurut Khalid, mengenai kes Presiden PERKASA ini adalah sesuatu yang sudah tidak perlu disentuh kerana teah dijelaskan oleh peguam negara sebelum ini.
Manakala kes berkaitan bekas menteri iaitu Mashitah Ibrahim yang telah mendakwa terdapat aktiviti membakar al-Quran telah berlaku di Kedah.
Dalam kes Mashitah pula Khalid menerangkan pihak PDRM tidak dapat menangkap beliau kerana kes tersebut disiasat bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang tidak memperuntukkan tindakan itu.
"Oleh itu tuduhan Lim Guan Eng berhubung PDRM mengamalkan sikap pilih kasih adalah tidak benar," Katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment