ONEXOX
BannerFans.com

Waran tangkap? Peminat K-Pop boleh trauma

on Tuesday, January 13, 2015



Kumpulan pemimpin masyarakat sivil mendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertindak keterlaluan kerana mengancam untuk menangkap tiga remaja bertudung yang dilaporkan dipeluk dan dikucup sekumpulan artis K-Pop.

Antaranya, peguam hak asasi, Datuk S Ambiga yang bimbang tindakan itu akan menyebabkan remaja bertudung berkenaan mengalami trauma.

"JAWI mahu mendapatkan waran tangkap kepada gadis muda dalam K-Pop? (Tindakan) itu boleh mendatangkan trauma kepada mereka buat sepanjang hidup mereka," katanya di Twitter.




Beliau mengulas laporan yang menyebut, JAWI akan mendapatkan perintah mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap sekiranya remaja bertudung tersebut tidak hadir untuk siasatan.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, pengarah JAWI Paimuzi Yahya berkata jabatan itu memberi tempoh tujuh hari bermula semalam kepada remaja perempuan itu untuk tampil bagi siasatan.

Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

gadis kena peluk kerajaan bn juga di salahkan....sekarang dah terbukti salah bn atau kehendak sendiri ?? kerana mereka sokong anuwarlah mereka buat mcm ini...tengok siapa yg membela mereka ni..dah tentu orang PR...


January 14, 2015 at 12:39 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved