Kini dalang sebenar pembunuhan Altantuya makin gelisah. Sekiranya menjadi kenyataan Sirul Azhar Umar bakal mendedahkannya. Melalui laporan Malaysiakini di bawah, Sirul berte#as beliau bertindak atas arahan. Sirul juga akan mendedahkan kenapa dia dan Azilah Hadri membunuh Altantuya. Laporan dari Malaysiakini.
Selepas ke Australia, bekas polis elit Sirul Azhar Umar kini mempertimbangkan menjawab persoalan terbesar sekitar pembunuhan Altantuya Shaariibuu – kenapa dia dan Azilah Hadri membunuh wanita itu?
Dalam perbualan telefon dengan Malays#iakini baru-baru ini, Sirul mendedahkan bahawa beberapa media Australia telah pun memohon sesi wawancara “terus terang” dengannya.
“Saya belum putuskan untuk diwawancara,” katanya.
Ditanya sama ada beliau sedia mended#ahkan segala-galanya jika wawancara itu menjadi kenyataan, bekas anggota polis itu menjawab:
“Ya, saya pertimbangkan kemungkinan ini dengan serius.”
Difahamkan bahawa beberapa stesen tele#visyen telah berhubung dengan Sirul (atas), yang sedang ditahan pihak imigresen negara itu di Sydney.
Rundingan antara Sirul dan stesen TV masih berjalan.
‘Bertindak atas arahan’
Sementara itu, Sirul memberitahu bahaw#a dia tidak kenal mangsa pembunuhan atau Abdul Razak Baginda – penganalisis politik dan rakan dekat Datuk Seri Najib Razak yang terlepas dalam kes itu.
“Saya bertindak atas arahan. Orang penting yang mempunyai motif masih bebas,” katanya yang enggan mengulas lanjut.
“Ia bukan bermakna saya tidak sayang#kan (pasukan) polis, tetapi saya bertindak atas arahan,” tegasnya.
Menjawab soalan, Sirul berkata keadaannya OK di pusat tahanan dan dia dibenarkan menggunakan telefon dan Internet.
“Saya biasanya baca Malaysiakini, Utus#an (Malaysia) dan Harakah untuk ikuti perkembangan di kampung halaman,” katanya.
Daripada jauh, duda 43 tahun itu bagaimanapun bimbangkan dua anak remajanya di Malaysia yang berhenti sekolah, kesan daripada kesnya.
Kambing hitam
Bulan lepas, Sirul dan Azilah dij#atuhi hukuman mati apabila didapati bersalah dalam kes tersebut di Mahkamah Persekutuan.
Terdapat beberapa persoalan di sebalik kes itu, termasuk berkaitan motif tindakan itu.
Najib, ketika masih timbalan perdana# menteri, bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tiada kaitan dengan kes itu.
Bekas pembantunya, DSP Musa Safri, yang memberitahu Azilah untuk membantu Razak Baginda (kanan) pada malam pembunuhan itu, tidak dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah #Alam, Sirul mendakwa dia dijadikan kambing hitam untuk “melindungi rancangan mereka”.
Sirul tidak hadir di Mahkamah Persekutuan ketika keputusan disampaikan kerana berada di Australia.
Undang-undang Austalia tidak membenarkan ek#stradisi individu yang berdepan hukuman mati ke negara asal. -Malaysiakini
Semoga pendedahan tersebut menjadi kenyataan kerana ramai yang ingin mengetahuinya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment