Shah, penyampai radio THR Gegar, berkongsikan cerita yang didengar oleh beliau sendiri tatkala mele#pak di sofa sebelum balik.
Cerita yang disampaikan oleh beliau amat cukup mengejutkan apabila si anak lelaki sanggup menipu ibunya demi kepentingannya sendiri. Baca cerita selanjutnya di bawah:
Tengah-tengah nak balik, lepas di s#ofa sambil online. Tiba-tiba ada mamat di depan ni, telefon mak dia.
"Hello mak, mak jangan lupa bagi duit untuk bayar sewa rumah tu. Mak keluarkanlah duit Tabung Haji mak. Jangan lambat, kalau boleh sebelum pukul empat," katanya.
Selepas itu, dia membuat panggilan ya#ng lain.
"Hello, kita kena cari lima orang kan? Modal RM5,400 kan? Okay, petang karang aku bagi. Aku cakap dekat mak, aku nak bayar sewa rumah. Aku risau mak aku tak percaya," kata lelaki terbabit.
Woiiii bradeeer! Memang itu duit mak lu#uu. Apa lu fikir dengan Multi Level Marketing (MLM) kau tu, kau boleh kaya sampai kau sanggup tipu mak kau untuk keluarkan duit (akaun) Tabung HAJI?
Orang tua nak pergi haji brader. Ya Allah, dunia sekarang. Ya Allah bangsa aku. Terus aku cau sambil berjalan ke motor sambil tulis status ini. Sungguh panas cuaca hari ini!!!!
Menyedari statusnya itu menjadi viral, Sh#ah tampil memberikan penjelasan bahawa apa yang dikongsikannya semalam bukan untuk menidakkan perniagaan berkonsepkan MLM, juga tidak mengatakan bahawa MLM itu tidak bagus. Tetapi kerana nilai sifat kemanusiaan itu adakalanya terlupa yang diri itu adalah manusia.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment