ONEXOX
BannerFans.com

Anwar Ibrahim diganggu ratusan nyamuk

on Tuesday, February 17, 2015




KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru seminggu menjalani hu#kuman penjara di Penjara Sungai Buloh diganggu nyamuk setiap malam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui selepas menghadiri perbicaraan kes saman Anwar terhadap Anifah Aman di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, hari ini.

Wan Azizah berkata, akibat di#ganggu serangga itu, waktu tidur suaminya turut terganggu. "Beratus-ratus nyamuk yang ada. Terdapat banyak kesan gigitan pada badan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya mahu memberikan sebotol penyembur racun serangga untuk kegunaan Anwar di dalam penjara. "Malangnya tidak dibenarkan tapi pihak penjara berjanji akan menyelesaikan masalah itu" katanya lagi.

Wan Azizah berkata, prosiding pe#rbicaraan ini dapat mengubati kerinduan keluarga terhadap Anwar.

"Alhamdulillah, terubat rindu padanya. Ini adalah pertemuan keluarga," katanya.

Beliau berkata, Anwar kelihatan kur#us sedikit namun masih bersemangat dan berkeadaan baik.




"Dia kurang makan di sana," katanya. Menurutnya, suaminya itu juga turut mengadu sakit belakang.

"Anwar sedang membiasakan diri dengan m#asalah itu, tapi nampaknya ia menjadi lebih teruk terutamanya bahagian bahu,"katanya.

Berikutan itu, Wan Azizah memohon pihak penjara menyediakan tilam yang lebih baik.

"Pihak penjara berjanji namun kami masih me#nunggu. Saya minta tidaklah tebal, hanya dua inci selain tandas cangkung yang tidak sesuai dengan keadaan fizikalnya," katanya.

Wan Azizah tiba di mahkamah jam 8.25 pagi diiringi ahli keluarganya termasuk anak lelaki tunggal, Ehsan.

Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutu#an menolak permohonan rayuan Anwar terhadap sabitan dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas didapati meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 28.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved