Khairul Adam Abdullah dan isterinya, Fitri Yanah Jumat dengan anak perempuan mereka, Aleesya Dania. Pasangan ini hampir kehilangan anak perempuan mereka di tangan seorang wanita bertudung di pusat beli-belah.
KOTA KINABALU - Seorang kanak-k#anak perempuan berusia 3 tahun hampir diculik oleh seorang wanita yang tidak dikenali ketika berkunjung ke pusat beli-belah Karamunsing Kota Kinabalu.
Menceritakan saat-saat kejadian itu, bapa kanak-kanak terbabit, Khairul Adam Abdullah dan isterinya, Fitri Yanah Jumat, berada di sebuah kedai komputer di tingkat tiga pusat beli-belah itu.
"Isteri dan anak berada tidak jauh da#ripada saya di jarak yang masih boleh dilihat. Secara tiba-tiba seorang wanita menghampiri anak saya dan berpura-pura melihat barang di sana.
"Setelah melihat anak saya, dia terus mengambil tangan anak saya dan cuba beredar terus dari situ.
"Mujurlah pada waktu itu isteri saya tern#ampak dan terus menjerit memanggil anak saya. Wanita itu terus melepaskan Aleesya dan meminta maaf tanpa memandang ke arah isteri kerana tergesa-gesa mahu melarikan diri.
"Syukurlah tak sempat jadi apa-apa sebab taktik seperti ini saya pernah terbaca. Jadi kali ini, biarlah saya pula menceritakan pengalaman ini sebagai peringatan kepada ibu bapa yang lain," katanya.
Menurut Khairul, jika wanita itu berjaya me#nculik anak saya, tidak mustahil dia akan menanggalkan tudungnya dan keluar dari pusat beli-belah itu tanpa disedari oleh sesiapa.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment