ONEXOX
BannerFans.com

Polis akan ambil keterangan Ismail Sabri berhubung status Facebook

on Monday, February 2, 2015



KUALA LUMPUR: Pihak polis akan menghubungi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengambil keterangan beliau mengenai saranannya supaya orang Melayu memboikot peniag#a Cina yang enggan menurunkan harga barang dan perkhidmatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitternya berkata, “@PDRMsia akan panggil Menteri Pertanian untuk kita rakam percakapannya dalam isu ini. PDRM akan memastikan keharmoniam kaum dihormati.”

Kenyataan Ismail Sabri yang dimuat naik di status Facebooknya telah menerima pelbagai reaksi dan kritikan daripada banyak piha#k termasuklah daripada para pemimpin pembangkang serta Barisan Nasional sendiri.

Beliau, walau bagaimanapun, memberi penjelasan bahawa kenyataannya di Facebook itu tidak ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi peniaga Cina yang masih tidak mahu menurunkan harga walaupun harga minyak sudah turun.




“Tentang (isu) Melayu untuk boikot peniaga Cina ini, saya respon kepada Facebook yang mana mereka marah-marah kepada penia#ga-peniaga Cina yang degil tidak mahu turunkan harga.

“Jadi prinsipnya sama iaitu mereka yang majoriti (perlu) gunakan kuasa majoriti dan tidak hanya merungut dan bercakap dalam Facebook semata-mata,” jelas beliau.

Ismail Sabri berpendapat, tindaka#n mana-mana peniaga yang tidak menurunkan harga barangan selepas penurunan harga minyak yang begitu banyak, adalah seolah-olah satu sabotaj untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved