Gambar seorang wanita berusia 40-an meratah hidup mentah tersebar di laman sosial tanpa seb#arang penjelasan. Tindakan itu menyebabkan orang ramai membuat andaian sendiri yang wanita itu mengamalkan ilmu hitam.
Menerusi carian di Google, wanita itu dikenali sebagai Miskaulah, 38, berasal dari Indonesia.
Difahamkan, wanita itu sejak dari ke#cil lagi sudah terbiasa makan daging mentah setiap hari. Di usianya yang semakin lanjut, dia kini hanya mampu menghabiskan dua ekor daging ayam mentah berbanding dulu, lima ekor ayam mentah.
Jika tidak mempunyai wang untuk membeli ayam hidup, wanita itu terpaksa memakan ayam milik saudara maranya yang berkeliaran di belakang kawasan rumahnya. Namun, tindakannya itu tidak dihalang oleh saudara mara kerana sudah faham dengan ‘keperluan’ wanita itu.
“Kadang-kadang saya juga makan ular da#n saya terpaksa membelinya dari penjual. Jika dibandingkan antara daging ayam dan daging ular, saya lebih suka daging ayam kerana dagingnya sedap dan enak.
“Saya pernah keracunan ketika memakan daging ular di usia muda. Tidak pasti pula apa jenis ular yang saya makan ketika itu. Akibatnya, wajah saya membengkak teruk,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment