Seorang remaja yang menghabiskan cuti hujung minggunya di kompleks beli-belah Bukit Jmabul semalam berakhir dengan trgadi selepas beliau telah ditetak oleh sekumpulan lelaki menyebabkan#nya cedera parah.
Mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami cedera parah akibat ditetak pada awal pagi tadi.
Kejadian yang berlaki kira-kira pukul 3 pagi itu mangsa yang dikenali sebagai V. Inthiren, 18, dari Paya Terub#ong di sini, dikatakan baharu sahaja keluar dari panggung wayang di dalam kompleks beli-belah terbabit bersama dua rakannya.
Dia tiba-tiba diserbu oleh sekumpulan lelaki bersenjata parang dan topi keledar yang memukul dan menetaknya,
Motif kejadian tersebut dipercayai kerana ti#dak puas hati kumpulan lelaki berkenaan terhadap mangsa yang dikatakan memandang mereka dengan pandangan sinis.
Kejadian tersebut disahkan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Abdul Rahman Ahmad dan kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.
Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 148# Kanun Keseksaan dan pihaknya sedang mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian itu.
“Siasatan masih diteruskan dalam usaha mengenal pasti mereka yang terlibat dan mencari tahu punca sebenar kejadian,” katanya di sini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment