ANHUI - Seorang gadis mengalami nasib malang apabila kepalanya tersepit pada pintu bas ketika mah#u turun di satu perhentian bas di bandar Maanshan, wilayah Anhui, China.
Kejadian itu berlaku apabila pemandu bas berkenaan tidak sabar dan terus menutup pintu bas.
Ini menyebabkan kepa#la gadis itu tersepit dan terpaksa menahan sakit sehingga ke satu perhentian bas seterusnya kerana pemandu bas tidak menyedarinya.
Mujurlah beberapa penumpang yang lain menyedari keadaan itu menjerit ke arah pemandu bas supaya memberhentikan bas dan membuka pintunya.
Sebaik sahaja berjaya melep#askan kepalanya, gadis yang kelihatan malu itu segera turun dari bas. Selepas mengurut-urut lehernya buat seketika, dia terus berjalan laju tanpa membuat sebarang aduan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment