ONEXOX
BannerFans.com

HANYA ORANG BODOH BINCANG HUDUD DI MALAYSIA - NAZRI AZIZ

on Tuesday, March 24, 2015



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan, sesiapa yang melaksanakan hukum hudud di Malaysia adalah 'bodoh' kerana perlaksanaan itu memerlukan pindaan dibuat ke atas Perlembagaan Persek#utuan.

Menurut Menteri Pelancongan Malaysia berkata, undang-undang Islam itu hanya dapat dilaksanakan dengan meminda Perlembagaan Persekutuan yang mana perkara itu memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen.

"Jangan bincang sesuatu yang ti#dak akan berlaku, ini bodoh, sesiapa sahaja yang bincang hudud," katanya ketika ditemui di Parlimen semalam.

Jelas Nazri, di dalam Perlembagaan sudah termaktub undang-undang berkaitan hukuman jenayah yang termaktub di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan bukannya kuasa Mahkamah Syariah.

"Pernah kita nampak Mahkamah Sy#ariah membicarakan kes pembunuhan, bicara kes kecurian?

"Kalau mahu gugurkan bahagian yang mengatakan jenayah itu di bawah mahkamah persekutuan, kita perlu dua pertiga majoriti Parlimen, tetapi kita tiada sekarang.




"Ini soal agama, kita tidak boleh gu#na 'whip', ahli Parlimen akan mengundi menggunakan pegangan dan suara hati mereka," katanya.

Nazri berkata, rang undang-undang persendirian yang cuba dibawa oleh PAS ke Parlimen juga tidak akan berjaya dibincangkan memandangkan ia hanya akan di bawa apabila selesai aturan urusan kerajaan.

"Benda (hudud) itu hanya berlaku ka#lau kita boleh pinda Perlembagaan. Usul persendirian hanya dibincangkan setelah selesai urusan kerajaan, selagi tidak habis kita tidak boleh bincang," katanya.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, UMNO juga menyedari hakikat itu.

"Saya tidak mahu bincang, ia tidak ber#laku kerana Perlembagaan. Kalau UMNO nak buat pun bukan UMNO tak nak buat. UMNO tahu memang tidak boleh buat," katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lalu dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menghantar surat notis pemberitahuan meminta agar rang undang-undang persendirian berkenaan hu#dud di bawa ke Parlimen ketika sidang kali ini yang akan tamat pada 9 April depan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved