ONEXOX
BannerFans.com

Isu Pembelian Jet: Takkan hendak suruh Najib naik tongkang? - Lokman Adam

on Monday, March 16, 2015




KUALA LUMPUR: Pembelian Jet 9H-AWK oleh Kerajaan Malaysia merupakan pembelian jet Kerajaan dan bukan jet peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang di#dakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Noor Adam berkata, jet tersebut dibeli untuk kegunaan kenamaan negara bagi menggantikan Jet Boeing Kelas Perniagaan (BBJ) yang sudah uzur dan tidak sesuai lagi untuk digunakan.

"Jet lama sudah berusia dan kurang sesuai lagi untuk membawa kenamaan negara.

"BBJ itu biasanya digunakan ol#eh Yang DiPertuan Agong, Permaisuri Agong, Sultan-Sultan dan kenamaan lain yang layak.

"Najib hanya akan gunakan BBJ jika jet yang selalu digunakan iaitu ACJ 319 rosak atau sedang diselenggara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Lokman mengulas pendedahan Rafizi Ramli tentang pembelian sebuah jet peribadi baru bagi kegunaan Najib.

Di dalam sebuah portal, Rafizi me#ndakwa, jet yang dianugerahkan secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd. itu merupakan jet peribadi baru yang didaftarkan di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia.

Rafizi turut mendakwa, dalam kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 telah memaklumkan kerajaan memiliki lima jet peribadi termasuklah Boeing Business Jet.




Dalam pada itu kata Lokman, hanya d#ua daripada lima jet milik Kerajaan yang kini masih berfungsi dengan baik.

"Semasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Timbalan Perdana Menteri dahulu, dia bergerak pun naik jet juga.

"Takkan Rafizi sekarang hendak suru#h Agong, Najib dan semua kenamaan negara bergerak naik tongkang pula?" jelasnya.

Tegas Lokman, Rafizi juga dinasihatkan untuk menumpukan kepada rakyat terhadap demonstrasi 'Kita Lawan' yang masih diteruskan untuk menafikan Anwar seorang peliwat sedangkan pelbagai fakta sudah didedahkan sekali gus tidak memihak kepada mereka.

"Kedua-dua Ketua Peguam bela Anwar, Kar#pal Singh dan Gopal Sri Ram, telahpun mengaku dalam prosiding mahkamah bahawa Anwar memang telah meliwat Saiful secara 'Suka Sama Suka'.

"Peguam Anwar, Sangkaran Nair dalam prosiding mahkamah juga mengakui bahawa sperma yang dijumpai empat sentimeter dalam rektum Saiful adalah milik Anwar. Jadi bagaimana ia boleh ada di sana?, cukuplah mempermainkan rakyat," katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda U#MNO, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan segera menafikan dakwaan pembelian jet peribadi untuk kegunaan Najib.

Katanya dalam catatan terbaharu di lam#an Twitter, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan mahu khabar angin itu dinafikan segera sebelum ia menjadi fakta dan diperkatakan masyarakat.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved