Kuching: Sudahlah mabuk, pukul orang pula. Itu kisah sebenar video dua lelaki memukul seorang lelaki dalam kejadian dikatakan berlaku di Jalan Bako, di sini, yang ‘viral’ di l#aman sosial sejak petang tadi.
Kejadian 3.30 petang itu sebenarnya berlaku di Jalan Demak, di sini, membabitkan mangsa berusia 46 tahun yang sudah membuat laporan polis selepas kejadian.
Berdasarkan laporan dibuat, pada mu#lanya mangsa bersama rakannya yang memandu Toyota Unser melalui kawasan berkenaan sebelum mendapati ada sebuah motosikal tanpa nombor pendaftaran ditunggang dalam keadaan bahaya.
Rakan mangsa membunyikan hon untuk menegur penunggang motosikal itu tetapi menerima ‘hadiah’ isyarat lucah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching S#uperintendan Entusa Imam berkata, penunggang motosikal itu memberhentikan kenderaannya, diikuti mangsa dan rakannya.
"Mangsa dan rakannya memberhentikan kenderaan, turun daripada kereta dan berlaku pertengkaran dengan penunggang motosikal yang dipercayai dalam keadaan mabuk.
"Tiba-tiba penunggang motosikal itu d#engan rakannya memukul mangsa dengan topi keledar, manakala rakan mangsa dihalang daripada membantu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
“Akibat kejadian itu mangsa lebam di kepala dan dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya
Menurut Entusa, siasatan masih dijala#nkan dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat.
"Saksi yang menyaksikan kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment