SHAH ALAM - Pengeluar kereta nasional, Perodua menafikan dakwaan seorang blogger bahawa kereta mo#del Myvi dan Alza keluaran syarikat itu tidak selamat kepada pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, tuduhan blogger menggunakan nama Wolf Vaupel bahawa penggunaan panel meter yang menyala sendiri di dalam Myvi dan Alza boleh membawa maut adalah tidak berasas.
"Menurut logik yang di#gunakan Vaupel, panel meter itu mengelirukan pengguna yang menyangka lampu hadapan mereka sudah menyala. Kami ingin menjelaskan bahawa berdasarkan pertanyaan yang dibuat kepada pihak berkuasa dan syarikat insurans, tiada sebarang kaitan antara panel meter boleh nyala sendiri itu dengan pelanggaran di jalan raya pada waktu malam," katanya dalam kenyataan, semalam.
Dalam artikel di blognya bertarikh 10 Mac 2015, Vaupel yang dikatakan jurutera dari Jerman juga mendakwa ciri-ciri panel meter boleh menyala sendiri itu bercanggah dengan peraturan antarabangsa.
"Tetapi (Vaupel) gagal m#emberikan sebarang bukti terhadap kenyataannya itu. Tambahan pula, panel jenis itu turut digunakan dalam jenama kereta antarabangsa lain. Kami hairan mengapa serangan Vaupel hanya ditujukan kepada Perodua.
"Kami juga ingin sahkan kami telah membalas pertanyaan awal Vaupel mengenai perkara tersebut," kata Aminar Rashid.
Vaupel dalam tulisannya y#ang menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lalu, mendakwa melihat antara satu hingga lima kereta Perodua yang dipandu pada waktu malam tanpa menyalakan lampu hadapan, meningkatkan risiko kemalangan.
Dia turut mendakwa pengurusan Perodua, beberapa institusi lain bagi keselamatan jalan raya dan syarikat insurans 'tidak berani' membalas pertanyaannya berhubung perkara itu.
Sementara itu, Aminar Rashi#d berkata, Perodua memberi jaminan kepada pelanggan bahawa produk dan perkhidmatan syarikat itu ditawarkan dengan mengutamakan aspek keselamatan yang mematuhi secara tegas standard keselamatan dalam negara seperti ditetapkan Kerajaan Malaysia melalui kementerian dan pelbagai agensinya.
Malah katanya, generasi pertama Myvi yang dikeluarkan antara 2005 hingga 2011 menerima sijil Euro 4 kerana Perodua mengeksport kenderaan keluarannya ke United Kingdom sebelum ini.
"Sejak itu, kami telah mempe#rtingkatkan lagi ciri-ciri keselamatan untuk pelanggan kami.
"Sebagai organisasi bertanggungjawab, kami mengalu-alukan pelanggan kami berkongsi pandangan dan rungutan mereka dengan kami, tetapi kami tidak akan bertolak ansur terhadap tuduhan tidak berasas dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak kami," tegasnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment