ONEXOX
BannerFans.com

Mengapa Hudud Tidak Boleh Dilaksanakan Di Malaysia?

on Tuesday, March 24, 2015



Perdebatan mengenai hukuman hudud memang sudah lama dibahaskan baik daripada kalangan pemim#pin mahu pun rakyat Malaysia.

Seperti yang semua sudah ketahui, negeri Kelantan menerusi Persidangan Dewan Undangan Negerinya telah meluluskan pindaan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II (1993) selepas mendapat undian sebulat suara, Khamis lalu.

Kelulusan itu memboleh#kan kerajaan negeri membawa rang undang-undang persendirian untuk meminda Perkara 76 (A) (1) Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah II dilaksana.

Belum lagi dijalankan hukumannya, sudah kedengaran cakap-cakap yang tidak bersetuju dengan rang undang-undang Islam ini.

Pelbagai kata-kata kurang #enak dikeluarkan oleh mereka yang tidak menelaah secara lebih lanjut mengenai perkara ini.

Sebenarnya, mudah sahaja, sebagai sebuah negara Islam, Malaysia seharusnya melaksanakan hukum Hudud yang sememangnya termaktub dalam Al-Quran.

Bak kata penceramah bebas D#atuk Ustaz Kazim Elias atau DUKE ini, tiada siapa yang boleh menolak hudud kerana ia merupakan undang-undang Allah s.w.t.

Tetapi menurut beliau, kita belum sampai satu tahap untuk melaksanakannya hanya kerana disebabkan sikap umat Islam sendiri yang sentiasa berpecah-belah dalam kebanyakan perkara.

Menurutnya lagi, semua pihak t#erlibat perlu duduk berbincang dan bekerjasama bagaimana untuk meneruskan perkara ini.

“Negara kita ini dun berparlimen, kalau nak laksanakan hudud, boleh dengan syarat orang-orang yang menjadi ahli parlimen Islam bersatu bawa usul (hudud). Bila kita kuat, Islam pun kuat,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved