ONEXOX
BannerFans.com

PERTAHANKAN KAD ATM, LELAKI PARAH DISERANG PENYAMUN

on Monday, March 9, 2015



KUALA LUMPUR - Seorang lelaki menjadi cedera parah di bahagian kepala dan kerugian sebanyak RM3,600 akibat dis#amun oleh dua lelaki di Alliance Bank, PJU/20, Kota Damansara, petang semalam.

Kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang itu, mangsa berada di dalam bank untuk memasukkan wang. Mangsa didatangi oleh seorang suspek yang bersenjatakan sebilah pisau, manakala rakan suspek menunggu di luar pintu bank.

Suspek kemudian memaksa mangsa men#geluarkan semula wang tunai RM1,000 yang baru dimasukkan ke dalam mesin ATM berkenaan.





Suspek juga turut merampas kad ATM mangsa menyebabkan berlakunya pergelutan di antara mangsa dan suspek.

Bagaimanapun, mangsa cedera parah di ba#hagian kepala dan tangan akibat kejadian itu. Wang tunai RM1,000 dan telefon bimbit milik mangsa dilarikan oleh penjenayah terbabit.

Difahamkan, ketika kejadian itu berlaku, tiada pengawal keselamatan yang bertugas.

Polis kini sedang menyiasat dan menge#san dua suspek berkenaan.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved