SEREMBAN: Sekurang-kurangnya dua penjenayah ditembak mati ketika cuba melarikan diri daripada polis di kawasan se#mak di Jalan Rasah-Port Dickson di sini, jam 2.45 petang tadi.
Sumber berkata, terdahulu polis mengekori suspek terbabit dari arah Port Dickson menuju ke bandar ini sebelum keadaan itu disedari kumpulan suspek berusia antara 20 hingga 30-an itu.
Katanya, mereka kemudian me#mberhentikan kereta di tepi jalan dan cuba melarikan diri ke dalam hutan.
"Suspek kemudian melepaskan tembakan menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan terhadap kumpulan itu" katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Nega#ra, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengucapkan tahniah kepada Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) kerana berjaya tumpaskan tiga penjenayah dalam kejadian itu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment