Pelakon, pelawak dan juga penyampai radio popular, Salih Yaacob mengakui bahawa bukannya muda#h beristeri empat.
Menurutnya, amalan poligami ini memerlukan kesungguhan dan keikhlasan dalam setiap tindakan yang diambil.
Dalam masa yang sama, Salih memperingatkan kaum lelaki yang berhajat mahu berkahwin lebih seorang supaya mengenali diri sendiri terlebih dahulu sama ada mereka berupaya dan mamp#ukah mereka memikul amanah yang diberikan itu dengan baik.
"Bukan untuk suka-suka. Apabila kita memilih jalan ini (poligami), kita perlu ikhlas dan tahu tanggungjawab kita," katanya.
Salih Yaacob mempunyai empat oran#g isteri iaiatu, Norlizah Mamat, 50, Norraha Hamat, 46, Norfara Wahida Sulaiman, 36 dan Samihah Sheikh Amy (Emi), 29.
Hasil dari perkahwinannya itu, Salih Yaacod dikurniakan 11 orang anak dan bakal menyambut cahaya mata ke-12 hasil perkahwinan dengan isteri keempatnya, Samihah, pada tahun 2011.
"Perkara ini satu yang sangat be#sar, serba serbinya besar dan serius. Tidak dinafikan akan ada hati yang terasa. Tetapi kita sebagai nakhoda perlu tahu membaca semua kemungkinan dan mencari penyelesaian terbaik. Bukan senang atau untuk suka-suka, kalau niat salah baik lupakan saja," katanya serius.
"Jika benar mahu berpoligami, pastikan diri mampu merencananya dengan baik sama ada dalam aspek zahir mahupun batin," jelasnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment