Wanita ini terpaksa meninggalkan anaknya di hadapan rumah orang lain dan amat berharap keluarga terbabit dapat menjaga serta membesarkan anaknya seperti anak kandung mereka sendiri.
Apa yang lebih menyedihka#n, wanita itu juga telah berjanji tidak akan kembali untuk menuntut bayi itu.
Baca surat menyedihkan dari si ibu kepada bayi berkenaan;
Assalamualaikum encik. Saya memohon maaf kerana meletakkan anak saya di rumah encik sekeluarga.
Saya tidak mampu membesarkan a#nak ini atas masalah kewangan dan keluarga saya tidak pernah kenal encik sekeluarga. Tetapi saya amat berharap encik sudi memberikan perlindungan kepada anak saya atas apa cara sekali pun.
Saya amat gembira jika encik sekeluarga sudi membesarkan anak ini seperti anak encik sendiri.
Saya berjanji atas nama Allah, saya# tidak akan kembali di masa hadapan untuk mengambil anak saya kembali.
Saya memohon jasa baik encik sekeluarga untuk menjaga dan membesarkan dia.
Terima kasih.
Walaupun tindakan yang diambi#l oleh wanita ini agak kurang tepat, bersyukur kerana dia tidak membuang bayinya seperti mana pasangan muda yang lain.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment