Video seorang lelaki menolak dan meludah seorang pekerja stesen minyak Petronas tersebar di laman so#sial sejak petang semalam.
Berdasarkan rakaman video CCTV stesen itu, mangsa dilihat meminta suspek mengalihkan kenderaannya kerana menghalang laluan kenderaan yang lain.
Bagaimanapun, tindakan mangsa itu men#gundang padah apabila suspek yang berang dengan teguran itu naik angin dan mula memarahi mangsa. Tidak cukup dengan itu, suspek juga turut menolak badan mangsa serta meludahnya.
Tindakan biadab pemilik 'superbike' itu menyebabkan mangsa cuba melawan namun dihalang oleh rakan kedua-dua pihak yang menyaksikan kejadian itu.
Menurut sumber, pemilik, Mohd Shahr#ul Anuar bin Khalil, model motosikal RC200 (S) std keluaran tahun 2014 dan berwarna hitam itu menggunakan nombor pendaftaran CB5501.
Post by My Media Hub.
Difahamkan lelaki yang menetap di Perak ini sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak lelaki.
Walau bagaimanapun, tindakan biadab le#laki itu tidak dapat diterima dan terus menerus menerima kecaman dari netizen sehingga ada yang merancang untuk 'menyerang' laman Facebook lelaki itu.
Salah seorang ahli kelab superbike berkata, tindakan lelaki itu telah memalukan kelab dan pemilik superbike.
"Sikap biadabnya itu nyata amat mengece#wakan. Secara tidak langsung dia telah memalukan seluruh pemilik superbike. Sebagai seorang rider, dia sepatutnya menjaga tingkah laku dan beradab apabila berdepan dengan orang awam. Malah, tindakan dia meletakkan motosikalnya sehingga menghalang laluan kenderaan lain menampakkan dirinya tidak berdisplin dan jenis rider yang gemar melanggar peraturan jalan raya," katanya.
Sungguhpun memiliki motosikal berkuasa tinggi seperti ini, usahlah terlalu mendabik dada sehingga merasakan diri tidak boleh ditegur oleh orang lain. Jika benar lelaki itu seorang rider yang sejati dan ahli kepada mana-mana kelab pemotoran, sudah tentu dia tahu yang mana baik dan buruk serta menjaga nama kelab.
Kepada orang ramai, usahlah menyerang le#laki ini. Cukuplah sekadar menuntut dia memohon maaf terhadap pekerja Petronas yang menjadi mangsa ludahannya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment