ONEXOX
BannerFans.com

BELI RUMAH: BERI KEMUDAHAN PINJAMAN BANK 100% PADA GOLONGAN MUDA

on Wednesday, April 15, 2015



Senator Norliza Abdul Rahim semalam mencadangkan golongan muda diberikan kemudahan pinjaman bank 100% bagi pembelian rumah kerana ada yang tidak mampu menyediakan wang pendahuluan meskipun untuk harga sebuah rumah mampu milik, lapor Bernama.

Menurutnya, golongan muda yang kebanyakannya baru mula bekerja tidak mempunyai wang yang mencukupi, apatah lagi dengan harga rumah mampu milik yang dijual pada harga sekitar RM400,000 pada ketika ini.

"Cadangan saya sama ada perlu atau tidak kita melihat dengan lebih serius  mengenai isu pinjaman bank, sebab saya rasa khususnya pada orang Melayu untuk membeli rumah dan membayar deposit 10%, agak sukar pada usia yang begitu muda," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara semalam.

Beliau turut mencadangkan agar diwujudkan mekanisme yang boleh diguna pakai atau mekanisme yang sedia ada diperhalusi agar masalah perumahan khususnya bagi golongan muda dapat diselesaikan.

"Bagaimanapun saya ucap tahniah kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan juga kerajaan kerana banyak usaha dilaksanakan untuk memastikan masalah perumahan ini dapat ditangani seperti Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA), perumahan mampu milik dan pelbagai lagi," katanya.

Senator Datuk Dr Abdul Halim Samad pula dalam perbahasannya mencadangkan agar kerajaan mewujudkan Lembaga Perumahan Wilayah Persekutuan.

"Ia untuk menjadi pemangkin bagaimana nak membina rumah lebih baik supaya orang (golongan) ini dapat rumah dan jangan kita serahkan rumah ini kepada pemaju. Bagi pemaju yang penting duit, keuntungan. Jadi berikan kepada pihak ini agar mereka tahu di mana patut dibina rumah dan sebagainya," katanya.

Menurut beliau, antara masalah perumahan di ibu negara adalah kadar sewa dan harga rumah terlalu tinggi.

Selain itu, menurutnya rumah mampu milik dan perumahan kos sederhana di ibu negara adalah kurang, sedangkan kira-kira 60% golongan muda yang menetap di Kuala Lumpur berpendapatan rendah dan sederhana.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved