ONEXOX
BannerFans.com

Berdepan Hukuman Gantung, Benjy Masih Rileks Boleh Ketawa & Bergurau

on Thursday, April 9, 2015



Pelakon Benjy berdepan hukuman gantung sampai mati kerana didakwa mengedar dadah jenis syabu dan jika disabit kesalahan membawa hukuman mati mandatori.

Walaupun tahu bakal berdepan hukuman mati, Benjy yang juga anak kepada dramatis Azean Irdawaty itu masih mampu bergurau dan ketawa sebelum dibawa naik kenderaan polis.

Benjy juga sempat menyergah jurugambar dan wartawan yang menantinya di perkarangan mahkamah.

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37, dan rakannya Raja Shariff Hidayatullah Raja Sharifuddin didakwa di Mahkamah Majistret Muar terhadap tuduhan mengedar syabu pada Rabu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengedar dadah jenis berkenaan seberat kira-kira 1.3 kilogram dan didakwa mengikut Sekyen 39B(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Mereka didakwa mengedar dadah berkenaan yang ditemui dalam kereta yang mereka naiki ketika ditahan dalam sekatan jalan di depan stesen minyak Jalan Pagoh-Muar pada jam 1.40 pagi, 27 Mac lalu.

Ketika mereka berdua mendengar pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza, kedua-dua suspek hanya mengangguk faham tetapi tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Majistret kemudiannya menetapkan tarikh 28 Mei nanti sebagai hari sebutan semula kes tersebut.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

http://twone2121.blogspot.com/ said...

ketawa sebab rileks atau sebab putus harapan dah? kena hukum gantung tu,


April 9, 2015 at 6:11 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved