PERMATANG PAUH: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sentiasa terbuka untuk dikritik namun mahu supaya keluarganya tidak dikaitkan.
"Tak ada masalah jika anda nak serang saya dengan pelbagai kritikan, tapi jangan babitkan ibu saya," kata Ahmad pada Rabu.
Menurut beliau, terdapat beberapa komen di media sosial yang dianggap biadap dengan ada antaranya mensasarkan ibunya.
"Saya tiada masalah untuk dikritik, tapi mengapa kaitkan ibu saya?
"Saya percaya cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah lebih baik berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
"Ibu saya seorang penoreh getah dan beliau buta huruf. Namun beliau tahu membaca al-Quran.
"Beliau dan arwah bapa saya bekerja keras dan dengan bantuan biasiswa kerajaan, mereka berjaya menghantar anak-anak mereka termasuk saya untuk belajar di luar negara," katanya ketika sidang media di SMK Pauh Jaya di sini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment