JOHOR BAHARU - Kira-kira 400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima bayaran gaji serendah RM805 sebulan, menurut Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda.
Katanya, mereka yang menerima gaji serendah itu adalah pembantu am dan pemandu yang menyertai perkhidmatan awam menggunakan kelayakan sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR).
"Yang menerima gaji minimum itu ialah golongan pelaksana dan mereka adalah rakyat serta aset kepada kerajaan dan negara. Jika aset ini tidak dijaga, kita bimbang mereka terkesan dan tidak dapat menumpukan sepenuhnya jiwa dan raga untuk meningkatkan produktiviti.
“Selain itu, mereka juga tidak akan dapat memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak disebabkan kewangan yang tidak mencukupi, di samping tidak mampu menanggung kos kesihatan yang kini meningkat 120%," katanya.
Dalam masa yang sama, Datuk Azih Muda juga turut mengesa kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 35% kerana kos sara hidup kini semakin meningkat terutamanya di kawasan bandar-bandar utama.
Sementara itu, hampir 240,000 atau 15% dari 1.6 juta penjawat awam menjalani sesi intervensi kaunseling bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tahun lepas.
Menurut Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, Datuk Dr. Abdul Halim Hussin berkata, maklumbalas yang diterima dari penjawat awam yang menjalani sesi itu adalah positif.
"Pelbagai inisiatif yang dijalankan ketika sesi intervensi dijalankan, ini termasuk jika penjawat awam berkenaan berhadapan masalah kewangan kita rujuk mereka kepada pihak AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit).
"Begitu juga jika mereka menghadapi masalah kesihatan, kita membantu mereka mendapatkan rawatan yang sewajarnya," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment