ONEXOX
BannerFans.com

PUNCA GADIS CUN MELECUN BERTUBUH CANTIK MAHU GEMUK SEMULA KERANA MENDERITA TERJAWAP

on Friday, April 17, 2015



BIRMINGHAM - "Saya sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan semula berat badan 171 kilogram," katanya.

Amelia-Jane Harris, 20, berat badannya yang terbaru ini menjadi idaman kebanyakan wanita, namun tidak baginya yang menjadi satu mimpi ngeri.

Amelia menghidap penyakit Crohn, tak boleh makan dan akan mengalami kesakitan sepanjang masa sehingga memaksanya menelan sebanyak 70 biji pil setiap hari. Jika keadaan bertambah buruk, dia terpaksa mengambil sehingga 100 pil.

Keadaan itu menyebabkan Amelia tidak dapat menikmati makanan kegemaran dan jarang keluar makan bersama dengan keluarga atau rakan-rakannya.

Penyakit itu juga menyebabkan badan Amelia tidak bermaya kerana kekurangan khasiat selain dari rambut gugur serta kuku menjadi rapuh.

“Saya mendapat pujian ramai kerana berat badan yang baru ini namun saya sebenarnya mengalami kesakitan yang sangat. Saya tidak lagi boleh menikmati makanan kerana setiap kali makanan perut saya akan kejang dan sakit,’’ katanya.

Disebabkan penyakit itu juga, Amelia kehilangan berat badan sebanyak 114 kilogram dalam masa 20 bulan.

Ketika zaman kanak-kanak Amelia, dia adalah seorang kanak-kanak yang sihat dan berbadan gemuk serta sering menjadi bahan ejekan rakannya.

Apabila meningkat pada usia 17 tahun, Amelia mula muntah sebanyak 10 kali sehari dan kehilangan berat badannya yang banyak menyebabkan dia terpaksa mendapatkan rawatan doktor.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati, Amelia menghidap penyakit Crohn dan malangnya penyakit itu tidak dapat diubati dan terpaksa menanggungnya sepanjang hayat.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved