Tanpa sebarang angin dan ribut, secara tiba-tiba Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyatakan bahawa mereka sedang mengkaji untuk menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya kepada 60 tahun.
Hujah mereka, berdasarkan kaji selidik bebas pakar ekonomi dan penyelidikan dalaman KWSP menunjukkan rata-rata orang cenderung untuk menghabiskan simpanan persaraan merek dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas membuat pengeluaran penuh.
Persoalannya, soal kaji selidik berdasarkan apa? Siapa yang diselidik dan apa asas kukuh KWSP hendak memandai-mandai menentukan bila ahlinya boleh mengeluarkan wang mereka?
Harus diingatkan, KWSP hanya bertindak sebagai 'tukang simpan', bukannya 'tukang rancang' apatah lagi 'tukang kawal'. Jadi tidak perlulah memandai-mandai buat keputusan. Rakyat sebelum ini telah pun menghormati keputusan KWSP menetapkan had umur pengeluaran 55 tahun tanpa sebarang bantahan.
Daripada membuat kajian yang entah apa-apa, pernahkah KWSP membuat kajian berapa ramai ahlinya tidak sempat merasa hasil simpanan mereka? Pernahkah KWSP buat kajian berapa ramai yang papa kedana selepas mengeluarkan semua simpanan mereka? Pernahkah KWSP tanya mereka berapa had umur yang mereka mahukan untuk mengeluarkan simpanan?
Sudah semestinya tidak pernah. Oleh itu, jangan buang masa membuat kajian atau keputusan entah apa-apa. Isyarat rakyat sudah jelas menolak cadangan bodoh KWSP dan usah berdegil untuk melaksanakan cadangan bodoh itu.
Dalam situasi ekonomi sekarang, KWSP sepatutnya peka dan mencari jalan bagaimana hendak mengurangkan bebanan ahlinya. Tindakan secara tiba-tiba KWSP ini hanya meresahkan orang ramai dan membuatkan rakyat menyalahkan kerajaan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment