ONEXOX
BannerFans.com

RAKYAT BERANG, DEWAN RAKYAT LULUSKAN KENAIKAN GAJI AHLI PARLIMEN

on Friday, April 10, 2015



PUTRAJAYA - Dewan Rakyat awal pagi tadi telah meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun anggota Parlimen yang ditangguhkan pada sidang Dewan Rakyat yang lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pindaan itu berikutan faktor persekitaran masa kini yang semakin mencabar buat anggota Parlimen.

"Selain itu, tugas-tugas ahli Parlimen bertambah berat dan membawa harapan tinggi rakyat dan ini akan menambahkan semangat kepada Yang Berhormat untuk bertugas dengan lebih gigih dan dedikasi," katanya Shahidan.

Dengan lulusnya rang undang-undang tersebut, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 dari RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000).

Ketika ini, anggota Parlimen menerima gaji pokok sebanyak RM6,508.59 sebulan selain elaun bulanan RM5,000 bagi menampung perbelanjaan keraian, gaji pemandu, perjalanan dan bil telefon bimbit.

Anggota Parlimen juga dibayar elaun mesyuarat sebanyak RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajan.

Pada 27 November 2014, Dewan telah menangguhkan rang undang-undang itu apabila tiada persetujuan dicapai mengenai kenaikan gaji itu.

Reaksi dari rakyat pula rata-ratanya memberikan respon yang negatif dimana mereka mendakwa keputusan itu mementingkan diri mereka sendiri. Sedangkan rakyat sedang bergelut mencari pendapatan lebih bagi menampung perbelanjaan keluarga, gaji anggota Parlimen pula dinaikkan begitu sahaja.

"Kerajaan seolah-olah tidak sensitif dan peka dengan nasib rakyat. Gaji mereka dinaikkan, gaji kita sebagai rakyat pula bagaimana? penjawat awam? pekerja swasta? Sedangkan, rakyat membayar gaji yang membayar gaji ahli Parlimen untuk membela nasib rakyat tetapi ini hasil yang kita dapat?" keluh seorang pengguna Facebook yang jelas sekali kecewa dengan keputusan kenaikan gaji anggota Parlimen yang dilihat tidak mempedulikan nasib rakyat yang terbeban dengan GST.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved