SEATTLE - Seorang CEO membuat keputusan yang mengejutkan iaitu memotong gajinya sendiri dan menaikkan gaji pekerjanya seramai 120 orang, Isnin lalu.
Lapor Dailymail, Dan Price, CEO syarikat Gravity Payments, sebuah syarikat pemprosesan kad kredit yang memperoleh pendapatan sebanyak USD 1 juta (RM 3.7 juta) setahun sebelum pengumuman itu.
Dan Price membuat keputusan itu selepas sebuah penyelidikan bagaimana kenaikan gaji mampu memberi kegembiraan untuk pekerja yang memperoleh pendapatan USD 70,000 (RM26,000) setahun.
"Adakah anda terkejut? Saya sendiri juga terkejut," kata Dan Price kepada pekerjanya yang bersorak gembira dalam sebuah mesyuarat.
Dan Price memberitahu The Times bahawa beliau amat tertekan dengan kesukaran yang dialami oleh rakan-rakannya dan juga ahli keluarganya yang memperoleh pendapatan kurang USD 70,000 setahun.
"Mereka menceritakan masalah mereka kepada saya hampir setiap minggu. Saya bersimpati dan rasa tertekan," katanya.
Dan Price mengasaskan syarikat Gravity Payments pada 2004 ketika berusia 19 tahun.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment