"Salam, nak minta pendapat geng-geng dalam ni. Moto beli awal bulan Januari 2015. Beli untuk boyfriend tetapi dah clash.
"So dia pulangkan balik motor. Mileage baru 5,000. Masih fikir lagi nak jual ke tak. Kalau buka harga RM7,800. Okay tak?"
Demikian persoalan yang ditimbulkan oleh seorang gadis bernama Cik Amaa di Facebook.
Tidak menjadi masalah jika mahu menjual motosikal Yamaha 125zr itu. Tetapi apa yang menjadi kritikan netizen ialah,
"BERCINTA JE KOT? DAH MANJAKAN BOYFRIEND DENGAN BELI MOTOSIKAL??"
Gambar itu dimuat naik oleh sebuah page popular, KHK, yang dilihat menyindir tindakan gadis berkenaan yang dilihat tidak wajar.
Manakala, ada sesetengah netizen berpendapat, untung menjadi kekasih gadis ini yang sanggup memberikan apa-apa saja kepada boyfriend yang tercinta.
Mujurlah bekas teman lelaki memulangkan semula motosikal itu. Jika tidak, pasti pelaburan beribu-ribu ringgit itu tadi menjadi sia-sia.
Di peringkat masih bercinta ini, tidak wajar membelanjakan wang ribuan ringgit untuk kekasih yang belum tentu akan menjadi suami/isteri di masa akan datang.
Sepatutnya, simpanlah duit untuk melangsungkan perkahwinan yang berkat. Bukannya dengan membuat pinjaman peribadi di bank-bank tempatan.
Memang, 'duit aku, suka hati aku la nak belanja boyfriend', tetapi beringatlah sebelum terkena. Seperti mana yang ibu kita selalu ingatkan, jangan bercinta di waktu belajar, tapi ramai yang tak nak dengar.
Akibatnya? Pelajaran lingkup, kerja kat supermarket je lah kau. Itu pekerjaan paling koman, ada yang lebih teruk lagi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment