Kecoh apabila tersebarnya printscreen daripada laman Twitter @JAKIM_Official yang mendedahkan bahawa Sijil Halal Secret Recipe telah ditarik balik. Berikut jawapan kepada pertanyaan oleh seorang pengguna Twitter, Mubarak Bakri:
Carian di Direktori Hab Halal Malaysia: Link
Walaubagaimanpun, seorang pengguna Facebook menerangkan bahawa Sijil Halal Secret Recipe tidak terpakai kepada semua restoran Secret Recipe. Seperti contoh melalui direktori Hab Halal di atas, hanya lokasi Secret Recipe yang tertera sahaja telah ditarik balik sijil halal restoran tersebut:
Berikut pula adalah penjelasan mengenai pelanggaran prosedur Halal Malaysia:
Isu Secret Recipe ditarik Sijil Halal adalah sesuatu yang serius!
Ada 2 keadaan apabila berlaku pelanggaran prosedur Halal Malaysia:
1. Sijil Digantung Sementara
2. Sijil Ditarik Balik
Sijil Digantung Sementaraadalah bagi tujuan siasatan dan peluang pihak syarikat membuat pembetulan kepada kesalahan yang dilakukan. Contohnya premis kotor atau bahan ramuan yang digunakan tidak mematuhi keperluan pensijilan halal. Maka dalam tempoh yang pada kebiasannya selama 14 hari, pihak syarikat perlu membuat pembetulan dan audit premis akan dilakukan semula selepas tempoh tersebut atau bahan ramuan tersebut dihantar untuk ujian di makmal yang diiktiraf. Jika keputusan audit semula atau ujian makmal adalah lulus, maka sijil halal akan diserahkan semula.
Manakala Sijil Ditarik Balik adalah hukuman kritikal dan muktamad bahawa pihak syarikat telah melakukan kesalahan serius di dalam prosedur atau standard pensijilan Halal Malaysia. Sebelum sijil ditarik, sijil halal akan digantung dahulu bagi memberi peluang pihak syarikat membuat pembetulan atau audit dan ujian semula dilakukan. Apabila pihak syarikat tetap gagal mematuhi prosedur/standard Halal Malaysia, maka sijil halal mereka akan DITARIK. Setelah sijil halal ditarik, pihak syarikat hanya boleh membuat permohonan semula selepas tempoh 6 bulan.
Sumber : Hab Halal
************
P/s : Cadbury Sijil Halal hanya digantung dan siasatan dilakukan dan ujian makmal di makmal yang diiktiraf dilakukan,setelah lulus ujian makmal, maka sijil halal Cadbury diserahkan kembali. Sementara Secret Recipe pula Sijil Ditarik Balik, maka itu adalah hukuman muktamad dan kesalahan serius.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment