PUTRAJAYA - Petang tadi tersebar sebuah video berdurasi 24 saat yang menunjukkan seorang penumpang wanita bertikam mulut dengan beberapa kakitangan AirAsia.
Video awal menunjukkan wanita terbabit enggan beredar dari ruang Aero Brigde sebuah pesawat yang telah bersedia untuk berlepas.
Video kedua pula menunjukkan wanita terbabit bergelut dengan beberapa polis bantuan yang menariknya keluar dari ruang Aero Bridge kerana bimbang akan keselamatannya.
Namun, wanita itu kerap mengulangi persoalan yang sama, kenapa dia tidak dibenarkan masuk ke dalam pesawat.
Seorang pegawai AirAsia tampil menjelaskan, wanita itu gagal menepati waktu penerbangan yang telah dijadualkan menyebabkan kapten kapal terpaksa menutup pintu pesawat.
Menurut sumber, adalah polisi syarikat penerbangan yang mengarahkan para penumpangnya menunggu 40 minit lebih awal di balai pelepasan dan masuk awal ke pesawat 20 minit awal sebelum berlepas.
Bagi penumpang yang gagal mengikut waktu yang dijadualkan, bagasi mereka akan dikeluarkan dari pesawat dan nama mereka juga akan dibatalkan dari senarai penumpang.
Ianya tidak semudah itu untuk membuka pintu pesawat dan menerima penumpang yang lewat. Ia memerlukan prosedur yang panjang untuk membatalkan penerbangan bagi menerima penumpang yang lewat.
Sebaik sahaja pintu pesawat ditutup, anak-anak kapal akan bersedia untuk berlepas. Manakala, juruterbang pesawat pula tidak boleh diganggu melainkan hal-hal kecemasan yang melibatkan nyawa dan keselamatan.
Sekiranya pintu pesawat dibuka, ia akan mengakibatkan kerugian beribu ringgit kerana penerbangan pesawat terpaksa ditunda dan hilang giliran untuk berlepas dari landasan. Selain itu, juruterbang juga perlu meminta kebenaran dari menara kawalan untuk berlepas dari landasan yang mana perlu menunggu selama 30 - 40 minit, bergantung kepada trafik.
Bagi penumpang yang mempunyai penerbangan susulan pula akan mengalami masalah berikutan kelewatan yang tidak dijangkakan itu.
Hanya kerana seorang penumpang terlewat, ia boleh mendatangkan masalah kepada para penumpang yang lain.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment