Demikianlah ucap kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di persidangan perwakilan Nasional ke-44 GErakan di Shah Alam pagi tadi.
Lapor The Malaysian Insider (TMI), Najib berkata demikian bagi mempertahankan kenaikan kadar tol yang berkuat kuasa pada 15 Oktober lalu berikutan kerajaan enggan membayar pampasan terhadap syarikat-syarikat konsesi tol terlibat.
Najib mempertahankan keputusan kenaikan kadar tol lebuh raya itu dengan alasan kerajaan terpaksa mengurangkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) jika tidak bertindak awal.
Menurut Najib, kerajaan pada masa ini mempunyai kewangan yang terhad dan terpaksa menghentikan bayaran pampasan terhadap syarikat konsesi tol dan menggunakan wang itu untuk pembinaan sekolah, klinik dan memberikan wang kepada rakyat melalui BR1M.
"Anda tak naikkan tol, awak bayar pampasan (maka) kurang wang untuk benda lain, kurang wang untuk BR1M. Jadi anda perlu membuat keputusan kerana akan selalu ada imbal balik begini kerana dana yang terhad," katanya sebagai reaksi terhadap gesaan Gerakan agar kerajaan menaikkan jumlah bantuan BR1M dalam Bajet 2016.
Bagaimana pun, netizen menganggap kenyataan Najib itu sebagai satu ugutan terhadap golongan rakyat yang menerima BR1M.
"This leader get piss off soon. His statement getting out of facts!. Ahli politik haruslah memberikan penjelasan yang memuaskan, bukan ugutan," kata Ahmad.
"Inilah alasan perompak negara. Tiada kaitan pun BR1M dengan tol. Dia ia dikaitkan dengan GST. Untuk bayar BR1M nampak sangat UMNO dah habis idea nak menipu rakyat. Orang kampung tu cubalah buka kepala sikit," kata Musa.
"Najib tak bayar tol, bolehlah cakap macam tu. Cuba dia drive kereta sendiri hari-hari meredah jem kemudian bayar tol mahal. Baru dia nak fikir kesusahan rakyat? Atau kita semua boleh cakap pada Najib, 'Kurang BR1M Kurang Undi BN'. Macam mana? Ada Berani?" Kata Hijau.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment