ONEXOX
BannerFans.com

'DIA NAK LOMPANG CINA? LOMPANGLAH, CAKAP BOLEHLAH' - TUN M

on Sunday, October 4, 2015




KUALA LUMPUR - Gara-gara Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan mahu melempang Cina Malaysia, dia dikritik oleh netizen dan beberapa bekas pemimpin kerajaan.

Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga dilabelkan 'cakap besar' oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dia nak lempang Cina? Suruhlah dia lempang, cakap bolehlah. Apabila ada kerajaan di belakang, memanglah berani. Tetapi bila keluar (seorang diri), tak berani," kata Tun Dr Mahathir dengan nada sinis ketika diminta mengulas kenyataan Tajuddin.

Sementara itu, bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik menyifatkan Tajuddin kurang ajar dan mahu pemimpin UMNO itu meminta maaf kepada semua rakyat Cina di negara ini.

"Itu ucapan kurang ajar. Saya tidak pernah bermimpi atau terfikir untuk melempang orang Melayu. Itu salah, hendak cakap pun salah, inikan pula hendak lakukan? Ini kurang ajar," katanya.

Para pemimpin Barisan Nasional khususnya UMNO dinasihatkan tidak membuat sebarang kenyataan tanpa merujuk kepada akal terlebih dahulu agar tidak memalukan diri sendiri.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved